1.2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh/Hari : 19.MAC 2012( ISNIN) Masa : 0730-0830 pagi.
Kelas : 5 Delima Bil.Pelajar : 34 orang.
Tema : Pertanian
Tajuk : Buah Seribu Khasiat.
Objektif : Pada akhir pengajaran dan
pembelajaran,murid-murid dapat,
i.
Membaca
maklumat tentang buah naga dengan sebutan dan intonasi yang betul.
ii.
Menjawab soalan pemahaman secara lisan berdasarkan
teks dengan betul.
iii.
Mengenal
pasti dan menyenaraikan perkataan
berimbuhan awalan “ber” yang terdapat dalam teks.
iv.
Membina
5 ayat lengkap dengan menggunakan perkataan berimbuhan awalan “ber”
Penggetahuan Sedia ada ;
Murid-murid pernah makan atau
melihat buah naga.
Konsep : Konstruktivisme-kerja
kumpulan,rencana,perbincangan.
Bahan : Teks bacaan,teks nyanyian,kertas
sebak,benda maujud (buah naga),lembaran kerja.
Nilai : Berdikari ,Kerajinan.
Kemahiran : Fokus Utama
5.1 Aras 3(i) Membaca ayat dalam teks dengan sebutan
dan
intonasi yang betul.
Fokus Sampingan
9.1
Aras 1(i) Mengeja dan menulis
perkataan dan rangkai kata yang
dibacakan.
8.2 Aras
1(i) Membina ayat tunggal dan
ayat majmuk berdasarkan
tajuk.
Langkah/Masa
|
Isi
pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran
Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
|||
Set
Induksi
(
5 minit)
|
Soalan.
1.Apakah
buah-buahan kegemaran kamu?
2.Cuba
teka apakah buah yang terdapat dalam beg kertas ini?
|
-Guru
bersoal jawab dengan murid-murid.
-Guru
meminta seorang pelajar meneka buah yang terdapat dalam beg kertas.
-Guru
memperkenalkan tajuk pelajaran.
|
Murid-murid
menjawab soalan guru.
Seorang
murid meneka dan murid-murid lain meneka-neka bersama.
|
Beg
Kertas
Buah
naga.
|
Langkah
1
(15
minit
|
Teks tentang buah naga
Soalan.
1.Sebutkan nama lain untuk buah naga.?
2.Senaraikan
jenis-jenis buah naga?
3.Apakah
yang dimaksudkan dengan ditanam secara organik?
4.Mengapakah
buah naga dikatakan kaya dengan pelbagai khasiat?
Ejaan.
Dikomersialkan,
Masyarakat,unik,system
penghadaman,kolesterol.
|
-Guru
meminta murid-murid membaca teks secara kelas(bacaan mekanis).
-Guru
memilih secara rawak pelajar untuk bacaan intensif.
-Guru
bersoal jawab dengan murid secara lisan.
-Guru
meminta murid-murid menyebut dan mengeja frasa yang dicetak berwarna dalam
teks dan membincangkan maksud perkataan bersama-sama.
-Seorang
murid diminta menulis perkataan dan frasa tersebut di papan tulis.
|
Murid-murid
membaca secara kelas dengan intonasi dan irama yang betul.
Beberapa
orang pelajar membaca secara individu untuk memahami dan mentafsir teks.
Murid-murid
menjawab secara lisan.
Murid-murid
menyebut frasa tersebut beramai-ramai.
Seorang
murid menulis perkataan dan frasa di papan tulis.
|
Buku
teks halaman 100-101
Teknik
penyoalan.
|
Langkah
2
(20
minit)
|
Aktiviti kumpulan
Perkataan berimbuhan
awalan “ber-“
Berasal,berbeza,berisi,berkulit,
Berwarna,berpasir,berbunga,
Bersaiz,berkembang,berbuah.
Bina ayat.
Membina
lima ayat menggunakan perkataan berimbuhan awalan “ ber-“
|
-Murid-murid
diminta berada dalam kumpulan(5 orang setiap kumpulan)
-Guru
meminta setiap kumpulan menyenaraikan perkataan berimbuhan awalan “ber-“ yang
terdapat dalam teks.
Murid
dikehendaki membina lima ayat daripada perkataan berimbuhan tersebut.
Wakil
setiap kumpulan dipilih secara rawak untuk membaca ayat yang telah dibina
bersama.
|
Murid-murid
berada dalam kumpulan piihan sendiri.
Murid-murid
berbincang memilih perkataan berimbuhan awalan “ber-“ dari teks.
Murid-murid
berbincang untuk membina ayat dari perkataan berimbuhan yang dipilih.
Setiap
ahli kumpulan membetulkan bersama ayat yang dibina jika kurang tepat.
|
ABM
-lembaran
aktiviti.
Teknik:
Perbincangan.
|
Langkah
3
(15
minit)
|
Aktiviti Individu
Latihan Bertulis.
Menggariskan
kata berimbuhan dalam ayat.
|
-Guru
mempamerkan latihan di papan tulis.
-Perbincangan
jawapan bersama murid-murid.
|
Murid-murid
menyalin latihan dalam buku tulis.
|
ABM:
Kertas
Sebak
(latihan
kata berimbuhan)
|
Penutup
(
5 minit)
|
Lagu : Buah Seribu
Khasiat.
Buah
seribu khasiat,
Itulah
buah naga,
Kaya
dengan vitamin C,
Juga
beta keratin,
Sedap
dimakan mentah,
Dijadikan
jem,jus,sirap.
Melodi:twinkle-twinkle
little
star.
Rumusan
Buah
naga dikenali juga
sebagai
buah pitaya.Buah naga bukan sahaja unik tetapi kaya dengan pelbagai khasiat.
|
-Guru
meminta murid-murid menyanyi dengan melodi yang ditetapkan.
-Guru
merumus isi pelajaran dengan soal jawab.
|
Murid-murid
menyanyi lagu.
Murid-murid
menjawab soalan
dengan
mengemukakan maklumat yang diketahui dalam kehidupan harian.
|
ABM:
Kertas
sebak
(lirik
lagu Buah Seribu Khasiat)
KBT:
Merumus.
|
REFLEKSI
|
LEMBARAN KERJA
KUMPULAN : _________________ TARKIH:_________________
A. Senaraikan perkataan berimbuhan
awalan “ber-” yang terdapat dalam
teks.
i. __________________ vi. __________________
ii. __________________ vii. __________________
iii. __________________ viii.
__________________
iv.___________________
ix. __________________
v. ___________________
x. __________________
B. Bina lima ayat menggunakan perkataan
berimbuhan tersebut.
1.______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
2.______________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
3.______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
4.______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
5.______________________________________________________________________
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (2)
Tarikh/Hari :
20. Mac 2012 (SELASA) Masa :11:00-12:00 tengah hari.
Kelas : 5 Delima
Bil. Pelajar : 34 orang
M/Pel : Bahasa Melayu
Tema : Tanaman Organik
Tajuk : Misai Kucing
Objektif : Pada akhir p&p murid-murid dapat,
-membentangkan
hasil dapatan berdasarkan sesuatu
maklumat dengan menggunakan bahasa yang betul.
-membuat ramalan berdasarkan idea yang berkaitan dengan cerita dan
isu yang diberikan.
-menulis ayat yang diperdengarkan dengan menggunakan tanda baca yang
betul.
Pengetahuan Sedia ada : Murid-murid telah didedahkan dengan
sejenis tanaman organik pada pelajaran yang
lepas.
Konsep : Konstruktivisme-membuat ramalan.
Bahan : Buku teks,lembaran kerja,Kertas Sebak dan alat
tulis,gambar-gambar.
Nilai : Bekerjasama,Kerajinan.
Kemahiran : Fokus Utama :
2.2
Aras 2(i) Membentangkan hasil
rumusan berdasarkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang
betul.
Fokus Sampingan :
6.6
Aras 2(i) Membuat ramalan
berdasarkan idea yang berkaitan dengan cerita dan isu yang diberikan.
9.1
Aras 2(i) menulis ayat yang
diperdengarkan dengan menggunakan tanda baca yang betul.
Langkah/Masa
|
Isi pelajaran
|
Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
|||
Set Induksi
(5 minit)
|
Soalan
1.Apakah
gambar yang kamu lihat?
2.Namakan
pokok-pokok tersebut.
3.Pokok
manakah yang pernah ibu atau ayah kamu gunakan untuk ubat-ubatan?
Tajuk;
Pokok Misai
Kucing.
|
-Guru
menayangkan beberapa jenis pokok.(pokok buah naga,pokok misai kucing,ulam
raja)
-Guru meminta
murid memilih pokok-pokok yang pernah digunakan untuk ubat-ubatan samada dari
gambar atau dari pengetahuan sedia ada.
-Guru
memperkenalkan tajuk pelajaran.
|
Murid menjawab
soalan dan menamakan pokok-pokok yang dilihat.
Murid-murid
menyebut nama-nama pokok yang pernah digunakan untuk tujuan perubatan.
|
Kontekstual.
ABM ;
Gambar-gambar
melalui pautan internet.
|
Langkah 1
(20 minit)
|
Teks tentang “Pokok Misai Kucing”
Membentuk
Kumpulan.
Kerja
kumpulan.
Pembentangan
Kumpulan.
|
-Guru meminta
murid-murid membaca teks secara kelas (bacaan luncuran)
Guru meminta
membentuk kumpulan.(6 orang sekumpulan)
Pembahagian
tugasan
Kumpulan 1 dan 2
Mengumpul
maklumat dari teks yang dibaca.
Kumpulan 3 dan 4
Terangkan
kegunaan misai kucing.
Kumpulan 5 dan 6
Ramalkan
penggunaan herba misai kucing dalam bidang perubatan pada masa hadapan.
-Guru bersoal
jawab dengan murid-murid berkaitan tajuk.
-Guru meminta
kumpulan lain membuat nota ringkas.
-Guru meminta
murid-murid merumus dapatan hasil pembentangan.
|
Murid-murid
membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.
Murid berada
dalam kumpulan masing-masing.
Murid-murid
menjalankan tugas masing-masing dalam kumpulan.
Murid-murid
membentangkan hasil kerja kumpulan mereka.
Murid
mengambil nota sendiri.
Murid-murid
merumus dapatan secara kelas.(pilihan rawak)
|
ABM:
Buku teks
halaman 100.
-kecerdasan
pelbagai
Menjana idea
Meramal.
ABM:
Kertas Sebak
dan alat tulis.
Buku Nota.
|
Langkah 3
(10 minit)
|
Meneliti jadual
Perbezaan
antara tanaman organik dengan tanaman bukan organik.
Soalan;
1.Sebagai
pengguna,apakah tanaman pilihan kamu?
2..Mengapakah
kamu memilih tanaman organik dan tanaman bukan organik?Jelaskan.
Merumus pilihan murid-murid.
|
-Guru meminta
murid-murid meneliti jadual.
-Secara
berpasangan,guru meminta murid-murid membuat rumusan tentang jadual.
Guru
bersoal-jawab dengan murid-murid berkaitan pilihan mereka.
|
Murid-murid
meneliti jadual.
Murid-murid
membuat rumusan dari perbincangan.
Murid-murid
membuat rumusan pilihan mereka.
|
ABM:
Buku teks
halaman 105(jadual)
KB; membanding
dan membeza.
KB; Merumus.
|
Langkah 3
(15 minit)
|
Latihan bertulis
-tanda bacaan yang betul.
(. ,
? “……” HURUF BESAR)
|
Guru mengedar
lembaran kerja.
-ulam-ulaman(ulam
raja)
Guru meminta
pelajar membaca teks tanpa tanda bacaan.(merasa kesukaran membaca tanpa tanda bacaan)
Guru meminta
murid-murid menyebut tanda bacaan yang diketahui sebagai ulangkaji
Guru
membincangkan penggunaan tanda bacaan yang betul.(pilihan secara rawak)
Guru meminta
murid-murid membuat latihan.(menyalin semula dan membubuh tanda baca)
|
Murid –murid
meneliti lembaran kerja yang diberi.
Murid-murid
membaca.
Murid-murid
menyebut tanda-tanda bacaan yang diketahui.(. ,,? “….”huruf besar)
Murid-murid
memilih tanda bacaan yang betul untuk teks yang dibaca.
Membuat
latihan bertulis.
|
Lembaran kerja
.
|
Penutup
(5 minit)
|
Gambar-gambar
(ulam raja,buah naga,misai kucing)
Contoh ulaman dan buah-buahan yang pernah mereka
makan seharian.
1.Mengapa makanan
tersebut baik untuk kesihatan.
2.Apa terjadi
jika kurang mengamalkannya?
|
Guru menayang
semula gambar -gambar.
Guru bersoal jawab dengan murid-murid
tentang ulam-ulaman yang pernah mereka makan dan kepentingannya untuk
kesihatan.
|
Murid menyebut
ulam-ulaman dan buah-buahan yang mereka ketahui dan kepentingannya untuk
kesihatan.
|
Soal jawab
lisan
|
REFLEKSI
|
LEMBARAN KERJA
NAMA :
_______________________
TARIKH ;_________________
nenek sangat gemar akan ulam-ulaman ulam yang paling disukai oleh nenek ialah ulam raja nenek menanam ulam raja di tepi rumah ulam raja tumbuh subur nek banyakkah khasiat ulam raja ini tanya aku kepada nenek tentulah cubukan sahaja rasanya sedap malah berkhasiat pula cuba tengok nenek masih kelihatan muda dan sihat kata nenek kepadaku aku menganggukkan kepala tanda setuju nenek memang kelihatan masih muda awet muda kata orang walaupun umur nenek sudah menjangkau 65 tahun tetapi nenek masih sihat dan mampu melakukan kerja-kerja berat aku sangat kagum mulai hari ini aku ingin menjadikan ulam-ulaman sebagai satu sajian wajib bagiku. |
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (3)
Tarikh/Hari :
21. Mac 2012 (RABU) Masa :
0900-1000 Pagi
Kelas : 5
Delima
Bil. Pelajar : 34 orang
M/Pel : Bahasa Melayu
Tema : Hasil Ternakan Kita
Tajuk : Penternakan itik Moskovy.
Objektif : Pada akhir p&p murid-murid dapat,
-Menganalisis
maklumat yang terdapat dalam teks untuk mendapat kewajaran ramalan.
-mengemukakan
data yang diperoleh tentang sesuatu perkara.
-mengambil imlak teks dengan ejaan dan tanda baca yang betul berdasarkan teks yang diperdengarkan.
Pengetahuan Sedia ada : Murid-murid pernah melihat haiwan-haiwan ternakan sebelum ini.
Konsep : Konstruktivisme-menganalisis maklumat dari
graf.
Bahan : Buku teks,lembaran kerja,telefon bimbit,kertas sebak,alat
tulis(marker)gambar-gambar.
Nilai : Bekerjasama,Kerajinan.
Kemahiran : Fokus Utama :
6.6 Aras 3 (i) menganalisis maklumat yang terdapat dalam teks untuk
mendapat kewajaran ramalan.
Fokus Sampingan :
2.2 Aras 1(i) mengemukakan data yang
diperoleh tentang sesuatu perkara.
9.1
Aras 3(i) mengambil imlak teks dengan
ejaan dan tanda baca yang betul berdasarkan teks yang diperdengarkan.
Langkah/Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran
Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti murid
|
|||
Set Induksi
(5 minit)
|
Bunyi itik
Penternakan Itik Moskovy
Soalan;
1.Pernahkah kamu
merasa /makan telur ini?
2.Apa beza telur
ayam dengan telur itik?
|
-Guru meminta murid-murid meneka bunyi haiwan dari
telefon bimbit.
-Guru memperkenalkan tajuk pelajaran sambil
menunjukkan gambar itik Moskovy dan bersoaljawab tentang gambar yang dilihat.
|
Murid-murid meneka bunyi haiwan yang didengari.
Murid-murid memerhatikan gambar dan menjawab soalan
guru berkaitan gambar dengan pengetahuan sedia ada.
|
ABM:
Telefon bimbit
ABM:
Gambar itik moskovy,telur,telur masin.
|
Langkah 1
(15 minit)
|
Teks tentang
penternakan itik Moskovy.
Kuiz Kumpulan
(membina dan menjawab soalan dari petikan)
|
-Guru meminta murid-murid membaca teks secara kelas
(bacaan luncuran)
-Guru membahagikan murid-murid kepada 2 kumpulan.
-Guru meminta
ahli kumpulan bergilir-gilir bertanya dan menjawab soalan berpandukan teks.
Kump.A-bertanya
Kump.B-menjawab
Kump.B-bertanya
Kump.A-menjawab
-Guru membimbing murid-murid mendapatkan maklumat dari
soalan yang diajukan dan jawapan yang diberi.
|
Murid-murid membaca teks dengan sebutan dan intonasi
yang sesuai.
Murid-murid berada dalam 2 kumpulan (kumpulan A dan
B)
Murid-murid diminta mencatat maklumat dalam buku
nota.
|
ABM:
Buku teks halaman 107
Menjana idea dan mengumpul maklumat.
Soal jawab lisan
|
Langkah 2
(20 minit)
|
Perbincangan
berkaitan graf dan jadual (jumlah kutipan telur di Ladang Ternakan Encik
Sazali.
Arahan:
1.Buat perbandingan kutipan telur dari ladang Ternakan
Encik Sazali melalui kiraan anda.
2.Pada pendapat anda,bagaimanakah Encik Sazali dapat
meningkatkan pendapatannya?
|
Guru meminta Kump A-menganalisis maklumat dari graf yang diberi.
Kump.B-menganalisis maklumat dari jadual yang diberi.
-Guru meminta wakil kumpulan membentangkan hasil
analisis mereka .
-Guru membimbing dan meminta ahli-ahli kumpulan
melengkapkan jadual kutipan telur didalam teks.
|
Murid-murid menganalisis maklumat
melalui kiraan.
Ketua kumpulan membahagikan tugasan kepada
ahli-ahlinya.
Ahli-ahli kumpulan mencatat dan melengkapkan jadual
berpandukan pembentangan.
|
ABM:
Graf dan jadual halaman 108
KP-logik matematik
ABM:
Kertas Sebak
|
Langkah 3
(15 minit)
|
Latihan bertulis “Penternakan Rusa”
|
Guru meminta murid-murid membaca teks halaman 109
secara luncuran.
Guru meminta pelajar menutup buku teks dan mencatat
teks yang dibaca oleh guru.
|
Murid-murid membaca teks di halaman 109 secara
senyap.
Murid-murid mengambil imlak.
|
-mengambil imlak.
|
Penutup
(5 minit)
|
Pengayaan
(mencari maklumat tentang haiwan-haiwan ternakan.)
-internet
-buku
Majalah.
|
Soalan
1.Apakah haiwan lain yang boleh dijadikan haiwan
ternakan selain itik dan rusa?
Arahan
1.Di rumah, cari maklumat tentang lain-lain haiwan
yang boleh dijadikan haiwan ternakan.?
|
Murid-murid menyebut
nama-nama haiwan ternakan.
|
Carian melalui:
-internet
-buku
-Majalah
-soalan lisan melalui keluarga.
|
REFLEKSI
|
LAMPIRAN IMLAK.
Suatu ketika
dahulu,rusa ialah hidupan liar.Sekarang rusa telah menjadi haiwan ternakan yang
semakin popular di Malaysia.Walaupun ternakan rusa merupakan satu fenomena
baharu,projek ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penternak.
Penternakan rusa memerlukan
perbelanjaan yang tinggi.Namun begitu,pulangannya sangat lumayan.Jenis rusa
yang diternak adalah daripada baka rusa merah,rusa chital,rusa fallow dan
beberapa jjenis lagi.
Kitaran hidup seekor rusa adalah
selama sepuluh tahun.Rusa jantan
mencapai tahap kematangannya dalam lingkungan usia 7 bulan hingga 14 bulan.Umur
matang bagi rusa betina adalah antara 17 bulan hingga 20 bulan.Pada usia 10
bulan,rusa betina mula membiak .Walau bagaimanapun,proses pembiakan ini
bergantung pada spesies rusa tersebut.
Keistimewaan rusa bukan sahaja
terletak pada dagingnya yang enak.Tanduk rusa juga sangat berharga dalam
perubatan tradisional masyarakat Cina,manakala kulitnya pula dijadikan barang perhiasan
sepeti beg,tali pinggang dan kasut.
Rancangan Pengajaran yang menarik.
ReplyDeleteBoleh dipinjam untuk kelas saya tak.
Thank for sharing